6/21/2009

KOPERASI USAHA WANITA SELANGOR BERHAD

KOPERASI USAHA WANITA SELANGOR BERHAD (KUWASA)


Salam Sejahtera Semua,


18 Jun, 2009

Pada hari Sabtu (18/6/09) baru-baru ini, Ushanita telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan KOPERASI USAHA WANITA SELANGOR BERHAD yang pertama. Majlis tersebut telah dimulai dengan Ucapan Taklimat dan Perasmian Mesyuarat tersebut oleh Penolong Pengarah Koperasi iaitu Encik Zaini bin Saari.





















Ahli-ahli Usahanita mendengar taklimat dengan penuh khusyuk.















Sumbangan Penghargaan telah disampaikan kepada Encik Zaini bin Saari oleh Ketua Dearah Cherah iaitu Puan Faridah Jabbar.

Diharap dengan tertubuhnya Koperasi Usaha Wanita Selangor Berhad ini akan dapat menaikkan taraf ahli-ahli Usahanita dan juga dapat menyumbangkan kearah kemajuan untuk kita bersama.

Selepas sesi taklimat berakhir, kita telah dihidangkan sedikit ilmu pengetahuan mengenai cara-cara permakanan yang betul oleh Prof Dr. Ahmad Sabri Zon Kaply (Klinik Rawatan Holistik Terapi) yang juga selaku penaja makanan tengahari untuk ahli-ahli Usahanita.




















Semoga ahli-ahli Usahanita dapat memanafaatkan ilmu-ilmu dan pengetahuan yang telah disampaikan oleh Prof Dr Ahmad Sabri.

Sekian, Terima Kasih.
Siti Normah Mahmudin

4/12/2009

TERNAKAN LINTAH DAN IKAN KELI





Assalamualaikum semua..

Lama rasanya saya tidak menulis di blog ini. Kesibukan saya menguruskan perniagaan dan aktiviti Wanita IKON tidak membenarkan saya berbuat demikian..
Walaubagaimana pun.. disini saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan lawatan rombongan aktiviti Wanita IKON dan BUC ke ladang ternakan Lintah Dan Ikan Keli..amat berfaedah.
Lawatan ini disertai oleh lebih kurang 30 usahawan wanita dan lelaki bertujuan untuk mendedahkan usahawan kepada perniagaan tersebut. Walaupun anda telah menjalankan apa-apa perniagaan sekalipun, anda boleh juga memulakan perniagaan ini sebagai satu "back up business" terutama didalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini. Selepas lawatan tersebut, saya telah membuat beberapa penyelidikan mengenai perniagaan ini, ianya begitu menguntungkan dalam jangka masa yang pendek. Saya telah membuat perbandingan 'ROI' dan hasilnya adalah amat memberangsangkan dimana keuntungannya boleh didapati dalam masa yang singkat. Kepada sesiapa yang mempunyai tanah, janganlah disia-siakan kerana ianya boleh mendatangkan keuntungan kepada anda. TQ

KLINIK USAHAWAN


Pada awal tahun lepas, BUC telah mengadakan 'BENGKEL KLINIK USAHAWAN' di bangunan MECD, Putrajaya. Sambutan klinik ini amat menggalakkan dimana seramai lebih kurang 60peserta telah menghadiri klinik tersebut.

Tujuan BUC mengadakan klinik ini adalah untuk membantu golongan usahawan yang menghadapi masalah perniagaan mereka. Di klinik ini pihak BUC telah menjemput pegawai-pegawai dari agensi-agensi Kerajaan dan juga dari pihak Bank yang dikenalpasti boleh membantu dalam menyelesaikan masalah peserta-peserta bengkel ini.

Peserta-peserta bengkel ini juga telah di beri motivasi oleh Dato Normaziah sendiri selaku Ketua Biro, bagaimana ingin mengendalikan perniagaan dengan betul. Perniagaan yang dijalankan dengan betul dari awalnya akan berjaya kemudian hari. Tidak guna jika kita boleh menjual barangan kita tetapi 'operation dan foundation' kita tidak teratur. Kemudian peserta diperkenalkan dengan pegawai-pegawai yang dijemput khas untuk menyelesaikan masalah perniagaan yang mereka hadapi sekarang. Kebanyakan masalah yang dihadapi adalah masalah kewangan. Pegawai-pegawai yang dijemput telah memberi sepenuh komitmen kepada peserta-peserta sehinggakan ada diantara peserta yang hadir telah mendapat pinjaman serta merta..alhamdulillah.

BUC amat puas dan berterima kasih kepada pegawai-pegawai yang dijemput seperti MECD (bahagian promosi), MARA, SMIDEC, BANK RAKYAT, BANK PERTANIAN, SME BANK, MIDF. Terima ksaih juga kepada pihak Pengurusan MECD kerana telah membenarkan kami menggunakan Dewan Pameran MECD tersebut.

Selepas Klinik ini berlansung, Dato Azie telah mendapat banyak jemputan untuk mengadakan lagi bengkel sedemikian bukan sahaja di Lembah Kelang tetapi juga di luar dari Kuala Lumpur. Insyaallah..Beliau akan cuba untuk melaksanakannya demi membantu golongan usahawan yang memerlukan bantuan. BUC juga berharap kepada peserta-peserta yang hadir pada hari tersebut untuk 'follow up' dengan pihak-pihak berkenaan demi mencapai apa yang dihajat. BUC cuma membantu, andalah yang menentukannya....SELAMAT MAJU JAYA.

12/09/2008

GERAK USAHAWAN NATIONAL 2009

Assalammualaikum...

Disini ada peluang baik untuk anda semua mempromosikan produk keluaran anda. MECD akan mengadakan GERAK USAHAWAN NASIONAL 2009 di PWTC pada 17 dan 18 Januari akan datang ini. Jika anda ada produk-produk untuk dipasarkan, ini adalah platform yang baik untuk anda sertai. Harga standard booth 3m x 3m adalah RM250 sahaja. Jika anda berminat, sila print borang dibawah atau dapatkannya di laman web MECD (www.mecd.gov.my)dan faxkan ke 03-88805316 secepat yang mungkin kerana tempat adalah terhad. Selamat Maju Jaya..

PERLANTIKKAN PN NORA SEBAGAI KETUA BIRO USAHAWAN KEDUA DAERAH CHERAS



Assalammualaikum,

Pada mensyuarat AJK Daerah Cheras yang lalu, keputusan telah dibuat sebulat suara bagi melantik PUAN NORA sebagai Ketua Biro Usahawan Daerah Cheras kedua untuk membantu saya dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh biro ini. Dengan perlantikan ini, saya amat berharap kita akan dapat memantapkan lagi pergerakan Biro Usahawan Daerah Cheras dengan aktiviti-aktiviti yang menarik.

Saya memohon maaf kerana sudah lama tidak menulis di dalam blog ini kerana kesibukan tugas dan juga kesibukan menjalankan aktiviti-aktiviti Wanita Ikon. Sekarang, saya berasa amat lega kerana Pn Nora akan bersama saya bagi menjayakan segala aktiviti yang telah dirancang untuk tahun depan. Silalah ikuti blog ini bagi mengikuti perkembangan aktiviti-aktiviti terkini yang akan dijalankan tahun depan.

Terima Kasih,
Datin Azie Sheikh Mohd
Ketua Biro Usahawan Cheras
Wanita IKON 2007

2/09/2008

KLINIK USAHAWAN

Asallammualaikum semua..
Saya bercadang akan mengadakan Klinik Usahawan pada 26hb Feb 2008 bertempat di MECD(Kementerian Pembangunan Usahawan). Surat kepada Kementerian telahpun saya kemukakan, cuma tunggu keputusan pihak Kementerian. Puan-puan akan diberitahu melalui SMS setelah saya mendapat keputusan dari pihak Kementerian.

Kepada puan-puan yang telah menghantar 'Borang Pengaduan Masalah Perniagaan', insyallah akan mendapat jalan penyelesaian masalah puan-puan pada hari tersebut. Kepada puan-puan yang tidak mempunyai 'Company Profile' diharap dapat membawa gambar-gambar (gambar pemilik syarikat,gambar syarikat & gambar produk) dan maklumat syarikat (Company Registration) dalam bentuk CD untuk persediaan membuat 'Company Profile' pada hari tersebut. Sila bawa bersama flyers syarikat (jika ada).

Saya harap kepada semua supaya mengambil peluang ini dan moga-moga Klinik ini dapat membantu puan-puan dalam menyelesaikan masalah-masalah perniagaan puan-puan.

Sekian Terima Kasih
Ketua Biro Usahawan
Datin Azie