4/12/2009

TERNAKAN LINTAH DAN IKAN KELI





Assalamualaikum semua..

Lama rasanya saya tidak menulis di blog ini. Kesibukan saya menguruskan perniagaan dan aktiviti Wanita IKON tidak membenarkan saya berbuat demikian..
Walaubagaimana pun.. disini saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan lawatan rombongan aktiviti Wanita IKON dan BUC ke ladang ternakan Lintah Dan Ikan Keli..amat berfaedah.
Lawatan ini disertai oleh lebih kurang 30 usahawan wanita dan lelaki bertujuan untuk mendedahkan usahawan kepada perniagaan tersebut. Walaupun anda telah menjalankan apa-apa perniagaan sekalipun, anda boleh juga memulakan perniagaan ini sebagai satu "back up business" terutama didalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini. Selepas lawatan tersebut, saya telah membuat beberapa penyelidikan mengenai perniagaan ini, ianya begitu menguntungkan dalam jangka masa yang pendek. Saya telah membuat perbandingan 'ROI' dan hasilnya adalah amat memberangsangkan dimana keuntungannya boleh didapati dalam masa yang singkat. Kepada sesiapa yang mempunyai tanah, janganlah disia-siakan kerana ianya boleh mendatangkan keuntungan kepada anda. TQ

No comments: