4/12/2009

TERNAKAN LINTAH DAN IKAN KELI





Assalamualaikum semua..

Lama rasanya saya tidak menulis di blog ini. Kesibukan saya menguruskan perniagaan dan aktiviti Wanita IKON tidak membenarkan saya berbuat demikian..
Walaubagaimana pun.. disini saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan lawatan rombongan aktiviti Wanita IKON dan BUC ke ladang ternakan Lintah Dan Ikan Keli..amat berfaedah.
Lawatan ini disertai oleh lebih kurang 30 usahawan wanita dan lelaki bertujuan untuk mendedahkan usahawan kepada perniagaan tersebut. Walaupun anda telah menjalankan apa-apa perniagaan sekalipun, anda boleh juga memulakan perniagaan ini sebagai satu "back up business" terutama didalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini. Selepas lawatan tersebut, saya telah membuat beberapa penyelidikan mengenai perniagaan ini, ianya begitu menguntungkan dalam jangka masa yang pendek. Saya telah membuat perbandingan 'ROI' dan hasilnya adalah amat memberangsangkan dimana keuntungannya boleh didapati dalam masa yang singkat. Kepada sesiapa yang mempunyai tanah, janganlah disia-siakan kerana ianya boleh mendatangkan keuntungan kepada anda. TQ

KLINIK USAHAWAN


Pada awal tahun lepas, BUC telah mengadakan 'BENGKEL KLINIK USAHAWAN' di bangunan MECD, Putrajaya. Sambutan klinik ini amat menggalakkan dimana seramai lebih kurang 60peserta telah menghadiri klinik tersebut.

Tujuan BUC mengadakan klinik ini adalah untuk membantu golongan usahawan yang menghadapi masalah perniagaan mereka. Di klinik ini pihak BUC telah menjemput pegawai-pegawai dari agensi-agensi Kerajaan dan juga dari pihak Bank yang dikenalpasti boleh membantu dalam menyelesaikan masalah peserta-peserta bengkel ini.

Peserta-peserta bengkel ini juga telah di beri motivasi oleh Dato Normaziah sendiri selaku Ketua Biro, bagaimana ingin mengendalikan perniagaan dengan betul. Perniagaan yang dijalankan dengan betul dari awalnya akan berjaya kemudian hari. Tidak guna jika kita boleh menjual barangan kita tetapi 'operation dan foundation' kita tidak teratur. Kemudian peserta diperkenalkan dengan pegawai-pegawai yang dijemput khas untuk menyelesaikan masalah perniagaan yang mereka hadapi sekarang. Kebanyakan masalah yang dihadapi adalah masalah kewangan. Pegawai-pegawai yang dijemput telah memberi sepenuh komitmen kepada peserta-peserta sehinggakan ada diantara peserta yang hadir telah mendapat pinjaman serta merta..alhamdulillah.

BUC amat puas dan berterima kasih kepada pegawai-pegawai yang dijemput seperti MECD (bahagian promosi), MARA, SMIDEC, BANK RAKYAT, BANK PERTANIAN, SME BANK, MIDF. Terima ksaih juga kepada pihak Pengurusan MECD kerana telah membenarkan kami menggunakan Dewan Pameran MECD tersebut.

Selepas Klinik ini berlansung, Dato Azie telah mendapat banyak jemputan untuk mengadakan lagi bengkel sedemikian bukan sahaja di Lembah Kelang tetapi juga di luar dari Kuala Lumpur. Insyaallah..Beliau akan cuba untuk melaksanakannya demi membantu golongan usahawan yang memerlukan bantuan. BUC juga berharap kepada peserta-peserta yang hadir pada hari tersebut untuk 'follow up' dengan pihak-pihak berkenaan demi mencapai apa yang dihajat. BUC cuma membantu, andalah yang menentukannya....SELAMAT MAJU JAYA.